


Dalam kesibukan kita mengharungi hidup di dunia ni… Sedar atau tak kita sebenarnya syok sendiri… huhu… Kenapa saya cakap macam ni?
Nak dijadikan cerita baru-baru ni saya disoal berbagai macam soalan yang berkaitan dengan masalah hati… iaitu tentang rasa cinta kita kepada manusia… Aduhai, macam la saya penasihat yang baik kan.. ^-^ Kawen pun tak lagik, calon tak ada lagik, ijazah pun tak dapat lagik... huhu… Tapi I try my best la untuk puaskan hati kawan… ^-^ kesian jugak…
Sebenarnya jadi manusia ni kita memang tidak akan lari dari masalah hati, itulah satu-satunya bahagian yang paling susah dijaga selain pandangan mata dan mulut (percakapan) kita.
Allah telah kurniakan kita satu perasaan cinta, sayang dan rindu pada manusia, juga hamba Allah. Dan jangan kita lupa, Allah juga telah mengkurniakan kita satu fitrah, iaitu rindu dan cinta padaNya. Tapi… Hmmm… Orang sekarang rancak membincangkan isu cinta

Kita lebih gembira membincangkan cinta kepada si dia berbanding cinta kepada SI DIA, sang pencipta diri ini…
Harus kita ingat, dunia ini bersifat SEMENTARA. Carilah cinta akhirat… Memang… Memang kita dijadikan berpasang-pasangan, memang kita dikurniakan satu rasa yang kadang kala kita sendiri pun tak dapat fikirkan macam mana boleh timbulnya perasaan macam tu… Yang buat kita resah, rindu, bingung, bahagia, sedih dan macam-macam lagik.. ^-^ Tapi, wajarkah kita lupakan yang lebih berkuasa hanya kerana perasaan macam tu??? Tidak mampukah kita memupuk perasaan yang sebegitu terhadap Allah dan Rasul-Nya? Yang sepatutnya kita dambakan adalah cinta Allah, bukan cinta manusia yang akan berubah pada bila-bila masa…
Kita menangis kerana ditinggal, kita menangis kerana dilukai, kita menangis kerana dia curang, kita menangis kerana dia melupakan birth date kita…


Tapi… Pernahkah kita menangis kerana dosa kita? Pernahkan kita menangis kerana kita terlupakan-Nya?? Dan… Pernahkah Dia meninggalkan kita? Pernahkah Dia melukai kita??? Tanya hati anda… Sesungguhnya, cinta Ilahi itu lebih indah. Syurga yang dijanjikanNya lebih indah dari dunia…
Dulu… Kawan saya pernah cakap “Once kamu jatuh cinta, cinta Allah akan kamu tinggalkan.” Dan pernah jugak kawan saya berkata, “Sejauh mana dia sayangkan kamu??? Sejauh mana ikhlas nya? Dan betulkah dia sayangkan kamu? Kalau dia sayang, kenapa dia tidak jaga pergaulan antara kamu?” (ceh… sopan plak ayatnya ni, padahal ber“kau aku”… ^,^)
Yang menyentuh hati time tu, kalau dia sayang, kenapa dia tidak jaga pergaulan… Benar, sekarang saya nak tanya pulak, kalau benar kamu saling sayang menyayangi, bercinta kerana ALLAH la katakan, tapi, kenapa still ada yang leka?? Kenapa still ada gejala yang tak elok dalam kalangan budak/remaja kita yang dalam IC agamanya Islam?? Salah Islam kah? Salah kah Allah sebab mewujudkan batasan antara lelaki dan perempuan??
TIDAK… Islam tidak salah… Kita yang salah. Kita bangga mengatakan,
“Kami saling mengingati jugak. Kami tak leka. Kami tak buat maksiat. Kami tak bersentuh, kami tak berpegangan tangan.”
“Dia tu baik, bangunkan saya untuk solat Subuh.”
“Dia selalu ingatkan saya untuk jaga diri, tutup aurat… selalu hantar message peringatan. bagi tazkirah.”
Ahhhh… segala macam...Ayat-ayat yang saya bagi tu, boleh kita simplekan jadi 1 frasa, iaitu CINTA ISLAMIK la kononnya… CINTA ISLAMIK… Wujudkah cinta yang sebegitu?? Pendapat??
*akan ku sambung… ^-^ sengaja nak tunggu respon orang*
Akhir kalam… Tepuk dada tanya IMAN… Jagalah hati, jangan kita kotori seketul daging yang menjadi cerminan diri kita… Dan jangan menjaga hati hanya kerana kita mementingkan pandangan mata manusia… Sesungguhnya pandangan mata manusia itu sentiasa dikaburi SYAITAN & NAFSU.
CARILAH CINTA ILAHI…. Salam… Semoga apa yang dicelotehkan ini tidak sia-sia…









When u are in Love with Allah, u will never disappointed...
0 comments:
Post a Comment