Salam... ^,^ (currently listen to heartbeat by 2pm)
hehehe... sorry to say, terlalu sikit masa untuk aku meng[update] blog aku ni..
Yang dulunya lahir kerana kasih pada [insan istimewa] la kononnya...
Tapi sekarang tinggal sendiri mengurus blog ni... Kesian~~ hahahaha.. Shame on me..
sebab mengagungkan cinta manusia daripada cinta Ilahi...
Hmmm~~ balik-balik pasal itu kan... sudah lah, boring nanti.. :p
Jadi setelah sekian lama, huhuhu.. hati aku terdetik untuk menulis blog ini, sebab kebelakangan ni banyak hal yang terjadi...
Ntah la sama ada hal tu baik atau tidak... aku tidak tau mau letakkan dalam kategori yang mana...
Dan kebelakangan ni jugak aku banyak bercakap... Tapi tidak tau la sama ada ber[ISI] atau tidak...
Dont Judge a Book by its COVER!!!! and
Dont Judge a People by its LOOKS & APPEARANCE!!!!
Benda ni selalu kita katakan, tapi hakikatnya.. Kita tak apply dan kita tetap nak judge orang tu berdasarkan penampilannya... sama ada dia free hair, pakaian pendek dan tudung besar pakaian labuh... Si dia yang pernah aku sanjungi pernah cakap, 'sejuk mata tengok perempuan bertudung labuh... mesti dorang tu budak baik'. Dan kerana itu, aku cuba berubah, maklum la, aku bukan bertudung besar2... Jadi aku cuba, tapi tak dapat... T_T
Pernah kawan rapatku berkata, 'perubahan itu perlu dari kefahaman diri, lahir dari keikhlasan dalam hati, bukan kerana si dia dan bukan jugak kerana ajakkan kawan'
Aiseh, terpesong pulak ke sana... hahaha... maaf...
Yah, dont judge people macam tu la, memang tak adil... sebab tak semua orang tu menonjolkan sikap yang sebenar, macam yang cerita anime OURAN HOST CLUB (mungkin episod 21/22 aku lupa) ada seorang lelaki yang mukanya sangat bengis dan garang, hinggakan rakan-rakan sekelasnya tidak mau berkawan dengan dia, sampai la dia pegi jumpa Host Club...
Minta Mori-senpai ajar dia supaya dia disenangi orang, Mori lepas tangan lalu si Tamaki ambil alih..
Aduiiii~~ bukan point aku nak ceritakan anime di sini, tapi ingin mengatakan yang sebenarnya si lelaki itu sangat sunyi, sebab takda kawan akibat dari wajahnya yang bengis... hohohohoho.. maaf....
Memang kena direct to the point.. ^,^
Okay kenapa aku kata macam ni? semalam baru saja aku bercerita dengan kawan aku... seorang kakak, tapi sama badge dengan aku... tapi dia sangat baik dan matang pun ada walaupun dia tu [sengal] kadang-kadang...
Dia kata kat aku "kita bila kita dah kawan dengan orang-orang surau/budak-budak surau dan tergolong dalam kalangan budak-budak surau, dalam HATI JANGAN TIMBUL RIAK... risau-risau kalau Allah akan twist kan hati kita..."
Aku akui benda itu... Sebab kalau kita lihat sekeliling kita, ramai individu yang bawa imej ISLAM tapi masih melakukan sesuatu yang di larang dalam islam... (contoh fikir sendiri, tak payah fikir pun dah terbentang luas depan mata!)
Kakak tu sambung lagi, "dulu ada ustazah kawan akak kat sekolah agama, dia bertudung labuh, tapi sekarang dia dah berani pakai skirt pendek..." Individu ini sangat jauh berubah... Nauzubillah, aku takut... semoga aku dan kita tetap di jalan Allah yang lurus...
Manusia memang akan berubah, dan sentiasa mengalami perubahan, cuma biar la kita berubah ke arah kebaikan... Tapi, perubahan itu bukan senang. Tempoh perubahan itu sendiri memerlukan masa dan akan mengalami banyak halangan... Memang begini lumrahnya.
Mungkin kadanag-kadang, bila kita berada di atas, kita akan selalu rasa kita betul... kita rasa orang bawahan kita perlu dengar cakap kita... Lalu setiap pandangan dan cadangan yang diberikan/diutarakan akan ditolak tanpa alasan tertentu... Tapi, kita salah sebenarnya, akibat dari sikap begitu akan menyebabkan orang benci dan meluat pun ada...
Pengalaman jadi ketua kelas memang perit.. hahaha.. aku jadi garang, marah orang kelas aku... selalu bad mood, sebab aku dah rasa aku ketua dan perlu dituruti setiap apa yang aku cakap, tapi silap sebenarnya... Dekat UMS ni la aku belajar semua nya...
Jumpa pelbagai ragam, pelbagai sikap manusia yang sememangnya tidak ada satu pun yang sangat bertepatan dengan kesukaan aku.. Biasa la tu... Tapi pergaulan ni menuntut aku untuk berubah, berubah untuk memahami keadaan sekeliling, dan bertindak dengan rasional...
Dan masih sedang menuju ke arah itu... Mungkin memakan masa yang sangat lama.....
Tapi yang pasti, tanamkan semangat untuk sentiasa berubah agar kita tidak layu, tidak lembap dan seterusnya dapat menjadi insan yang berjaya... Ingat, kita (melayu) sangat sinonim dengan perkataan LAYU, sebabnya, benda tu datang dari diri kita jugak, kita lebih selesa dengan keadaan sekarang, sebab kerajaan telah menggariskan beberapa HAK KEISTIMEWAAN pada kita. Buang jauh-jauh rasa selesa tu... Perlu diingat, Zaman Kesultanan Melaka dulu, kita sangat dihormati [orang lain], hinggakan bahasa kita digunakan [orang lain], pada masa tu, tak ada pun HAK KEISTIMEWAAN untuk orang Melayu.
Kita bukan tidak boleh maju dalam pelbagai bidang, khususnya bidang ekonomi, cumanya, kita sekarang berada dalam zon keselesaan... Kita jadi malas... Jadi, Berubah!!!!
Kerana perubahan itu adalah tanda kehidupan... (Evelyn Waugh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment