Monday, July 13, 2009

KuaSa WaniTa...

Posted by Fiffy Fajrina at 12:01 AM



KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi
dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik
yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja
mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan
apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya
lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul."
Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari
bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.
Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan
dipelihara
serta sentiasa dirahmatiNya.


Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki
kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan
penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding
lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta
terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh
Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan
udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan
kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana
lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya
dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.


Kemuliaan perempuan akan lebih nyata
,
jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya
sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya,
semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan :
semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada
suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.



BetaPa Allah saYangKan dan meninGGikan MartaBat kauM waNita...
Jadi... berSyuKur Lah seKiraNya anDa seoRang waNita...
Dan JaGalah maruAh kiTa bersama-sama...
JanGan keraNa cinTa reMaja dan Dunia...
KiTa laLai dan meninGGaL-Nya begiTu saJa..
HarGaiLah diRi kiTa...
SeMoga Kita diRahmati-Nya...
SaYa MinTa maaF, munGkin sy MenYakiTkan haTi sesetenGah orG



credits to :: iluvislam.com

0 comments:

Post a Comment

 

A WaLk To RememBer Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez