Friday, November 20, 2009

OranG BerTakwa & BerImaN

Posted by FiFFy at 1:36 PM

Apakah beza Orang BERTAKWA & OranG BERIMAN??
Saya terjumpa akan persoalan ini dan cuba mencari hujah2 di samping menambah ilmu... ^.^
Oleh itu kalau ada silap dan salah dalam menyampaikan isi... Silalah tegur.. ^^

Iman bermaksud mengaku dengan LIDAH, berikrar dengan LISAN & beramal dengan ANGGOTA serta PERCAYA dengan KEWUJUDAN ALLAH SWT...

Manakala bagi yang bertakwa pula bermaksud melakukan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala LARANGANNYA

Di sini kita boleh melihat kaitan antara iman dan takwa...
Setiap orang yang bertakwa semestinya memiliki iman dalam dirinya.
Dan... Iman tanpa takwa, inilah yang sangat ketara dalam masyarakat kita sekarang ni...

Dua ayat yang sangat popular... dipetik dari surah Al-Ahzab ayat 71 & 72

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara). Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

Dalam dunia ni memang ramai yang beriman.. tapi bilangan yang betul-betul memperjuangkan kebenaran amatlah sedikit...
Dalam dunia ni memang ramai yang beriman... tetapi adakah setiap orang yang beriman itu benar-benar kisah akan amalan mereka??

Kita mengaku kita beriman, Kita mengaku kebenaran agamaNya... tapi sejauh mana usaha kita untuk mencapai ketakwaan yang diseru Allah swt???

Kadang kala kita sendiri keliru.. mana yang benar mana yang salah... Contohnya couple dalam islam... Isu yang hangat sehingga kini... Contoh kedua... Rokok.. Padahal jelas dan nyata yang rokok itu membahayakan kesihatan, dan Allah menyeru kita menjauhi perkara-perkara yang memudaratkan diri kita...

Tapi, kenapa masih ada manusia yang tidak mengendahkannya??? Apa sebabnya??

Jawapannya..
masih tidak wujud ketakwaan dalam diri manusia tersebut...

Dalam surah al-Hujurat ayat 6

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Allah berfirman... Agar kita menyelidik setiap apa yang dibawa oleh kaum-kaum yang sesat....
tapi apa yang jadi pada masa kini???
Budaya pengkid dan budaya shuffle yang menimpa masyarakat kita... Tidak berasa malukan kita budaya pengkid yang JIJIK itu HANYA wujud di Malaysia..?

Fenomena yang amat ketara sekali, negara kita menerima masuk segala HIBURAN yang langsung tidak membawa sebarang kebaikan...
Saya tak kata berhibur tu tak boleh, boleh tapi berpada-pada.. Jangan sampai kita lalai dengan perintah Allah.. Saya sendiri pun suka dengan korea & anime.. Tapi hadkanlah... Jangan dilupakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya...

Kita sendiri dapat tengok, berapa banyak program hiburan di Malaysia ni jika dibandingkan dengan program yang berunsurkan Islam. Nampak sangat kita ni dididik dengan hiburan semata-mata...

Sehinggakan, sesetengah institusi pengajian awam menjadikan HIBURAN sebagai santapan para mahasiswa...

Dari perspektif lain pula...

Allah berfirman juga dalam surah Al-Hujurat ayat 12

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

Kita dilarang sama sekali untuk menganiaya saudara sendiri... Akan tetapi, apa yang dapat kita lihat sekarang ni??? Kita berbalah itu ini.. seronok sangat agaknya... Sampai saudara sendiri dijatuhkan, diaibkan... Sedangkan kita perlu bersatu padu, bergerak dan berjemaah untuk menentang musuh...
Fikirkan lah...

Orang yang beriman & bertakwa tidak akan melakukan perbuatan sebegitu... Dia tidak akan pernah mengutuk atau mengumpat saudaranya...
Orang yang beriman dan telah mencapai darjat ketakwaan akan sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikir & selawat... lidahnya sering menuturkan yang baik... tidak pernah menyokong kata-kata nista dan tidak pernah menutup kebenaran walaupun yang pahit...

Seiringkanlah keimanan dan ketakwaan agar kita tidak rugi di kemudian hari.. Sediakanlah diri dengan amal soleh...
Dan sentiasa lah berpesan-pesan...

"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Surah Al-'Ashr ayat 2 & 3

Akhir Kalam...
Wahai sahabat... andainya aku tersilap langkah atau tersilap lorong... Pimpinlah aku ke jalan yang benar... Sesungguhnya, aku memerlukan sahabat-sahabat untuk terus berjuang dan untuk terus berada di jalan yang lurus ini...

Peringatan: Kalau ada yang tersilap hujah atau pendapat.. sila betulkan... ^,^ Teguran amat dialu-alukan.. Sy budak yg masih baru belajar... ^,^

1 comments:

light 0F happiness on March 8, 2010 at 10:15 PM said...

nice blog... :)

Post a Comment

 

A WaLk To RememBer Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez