Tuesday, January 19, 2010

The Road Not Taken

Posted by FiFFy at 12:08 AM

Hidup di dunia ni tidak sah kalau kita tidak membuat pilihan... Dari perkara yang sekecil zarah hinggalah ke sebesar2 dinasour... Dan Allah itu Maha BESAR... AllahuAkbar!!!
Kita bernaung di bawah satu agama... islam..
Yang dituntut indah.. Baru malam tadi lecturer kata... agama Islam ini sangat mementingkan hubungan... Hubungan sesama Allah, manusia, alam dan sebagainya... Kita dituntut untuk menjaga hubungan dengan semua isi di dunia ini.. supaya dunia ini seimbang...
Bukankah begitu wahai penganut agama Allah??? (termasuk aku)
tengah dengar apa yang lecturer saya cakap, saya mengiyakan juga dalam hati... Memang betul penyataan tu..

Tapi apa yang dapat kita tengok sekarang ni..
Wujudkah lagi keharmonian perhubungan sesama saudara?? Wujud lagi kah keseimbangan Bumi yang suatu ketika dahulu tidak tercemar dengan asap, sampah dan macam-macam lagik?
Kenapa benda ni terjadi???
Ada pulak, yang mengatakan dia islam, ada pulak kata kita kena jaga saudara seislam kita di LUAR sana! kenapa kita sibuk nak jaga di luar sedangkan saudara seislam kita yang dalam MALAYSIA ni pun sendiri belum dapat diselamatkan? bukan lah maksud saya kita tidak payah bersimpati dan doakan saudara-saudara kita yang sedang ditindas... Mereka ditindas dengan cara keganasan, kita ditindas dengan cara psikologi...
Kita mudah dipengaruhi, dorang bila dorang diperangi, at least dorang masih berjuang demi AGAMA kerana minda dorang belum tercemar lagik. Jika dibanding dengan kita ni pulak.. Mampukah kita berjuang dan berjihad seperti mereka andainya suatu hari nanti benda yang sama terjadi pada kita??? Atau simple jak, kita ikut rentak mereka sampailah keyakinan kita pada Allah dihapuskan. macam itukah iman kita? Berapa ramai orang kita yang mengatakan dia berjuang di JALAN ALLAH... Tapi... Tahukah kita apa makna perjuangan itu??? JIHAD! Kita kata kita berjihad! Jihad itu mulia... Namun sejauh mana kesungguhan kita berjihad? Cuba fikir... Saya sendiri pun sakit bila fikirkan/tengok keadaan kita sekarang... berpecah belah... Satu kata ini, satu kata itu... Yang sana kata ini, yang sini kata itu... Segala macam kata-kata yang kita dengar...

Kalau ikutkan subjek pengantar falsafah, kita kena cari bukti dulu sebelum kita mempercayai sesuatu benda itu...
Saya percaya benda ni... Takkan kita nak mempercayai setiap hujah orang tu tanpa selidik... jadi saya pun cari lah... Ingin tahu, CURIOUS!!! Saya mencari erti islam... Dulu saya langsung tidak mau dekat dengan islam, kerana kawan saya selalu kata kolot la kau pakai tudung ni.. Sampai saya sanggup tanggalkan bila saya keluar dengan dorang.
Tapi syukur saya masih lagik tahu mengaji bila tiba kelas agama islam. Berkat paksaan dan rotan ayah... ^,^ Berkat pujukan ibuku... ^,^
I love them...T_T

Biasalah jiwa budak-budak time tu... hmmm~~
Saya mencari kenapa itu kenapa ini... Saya cuba memaksimakan ilmu tentang agama, saya cuba mendalaminya... saya cuba dan saya betul-betul hendak merasa kemanisan iman yang selalu diperkatakan kakak-kakak dan ustaz di sini...
Dan akhirnya, bila tiba di simpang 3, di mana saya perlu menetapkan perjalanan dan jenis perjuangan yang saya nak... Kehidupan yang saya nak.. Tujuan saya ke sini... Memang susah... Bingung jugak... Tapi benda ni tiada la sampai nak buat saya jadi tak siuman.

Tapi.. Mungkin, jalan tu bukan untuk orang macam saya.. Mungkin juga... jalan itu memerlukan individu yang sangat kuat moralnya, sangat utuh imannya, sangat pejal semangatnya...
Tapi orang itu bukan saya... Jalan di hadapan terbentang luas.. Yang menjanjikan syurga dan redha Allah..

Namun.. Satu persoalan sehingga kini tidak ada sesiapa yang dapat menjawab melainkan... "susah la FiFFy~"
persoalannya ialah... "kenapa umat islam kini perlu berpecah belah?" kesut hati (trademark kawan saya)... ^,^

Orang kita sekarang cenderung kepada CLOSEMINDED bila ia menyentuh pasal islam.
tapi bila masuk hal lain.. bukan main OPENMINDED lagik... Remaja sekarang, semua OPENMINDED, tapi bila ditegur pasal kesalahn disisi agama/akhlak, sangat CLOSEMINDED... terbukti MINDA kita telah DIJAJAH... Jiwa kita ditakluki sikap orang barat... Kita hidup gembira sekarang... Kita seronok... Cuba fikirkan, confirm ka kita Malaysia akan aman dan damai sampai bila-bila tanpa serangan dan peperangan? sekarang dah ada dah, bom rumah ibadat orang... Sedangkan Allah tidak pernah suruh kita buat macam tu.. Keadaan macam ni.. Selamat lagik kah negara kita yang terkenal dengan masyarakat majmuk yang hidup harmoni?? Kenapa macam ni??? Kenapa kita tidak boleh bersatu??

sekadar luahan

0 comments:

Post a Comment

 

A WaLk To RememBer Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez