Wednesday, February 17, 2010

With All My Heart

Posted by FiFFy at 5:26 PM

my so beloved brother, Muhammad Aqil Soleh

This is my first time tidak balik rumah time cuti semester.. hohoho.. Kalau dulu, adalah satu kemestian.. Wajib!!! Sampaikan ada yang kata aku ni anak manja! huhu... Salah meh~~~ (?_?)

Cuti semester ni aku berkeputusan untuk tidak balik.. Sebab ada la, nak menuntut ilmu.. Plus, im not alone here.. ^,^ (cuba sedapkan hati)

Stay di Kampung E bukanlah satu keburukan, tapi kalah2 satu penyeksaan bagi aku nih.. T_T Ibu aku telefon, kata ada adik kecil aku (belah umi aku) balik2 sebut nama ku, semalam siap tanya lagik macam mana nak eja nama aku... Dia nak tulis kat buku dia.. Aduhai~~ Lemau aku..
Adik aku ni baru belajar... Ibu kata dia pandai, cepat tangkap.... Alhamdulillah, semoga dia jadi orang yang berguna.. ^,^

adik-adik kampung Lokub.. ^,^

Kalau pasal tahap ilmu memang budak-budak zaman sekarang sangat pandai... Ada yang sudah tau memutar belit fakta... Tapi dalam pada itu, masih ada lagik anak-anak a.k.a kanak-kanak yang tidak tau apa2, yang mereka tau main... Masih ada tidak dapat ke sekolah disebabkan keadaan kewangan dan status kewarganegaraan ibu bapa... Sama macam adik-adik kampung lokub. Aku mengajar di sana buat masa ni. Aku tidak berani lagik nak kata mereka anak didik aku, sebab selama ini bukan aku yang mengajar dari awal, aku ke sana hanya untuk menyambung.. aku ke sana kerana aku mungkin aku dah sayang mereka kot... Aku ke sana cuba memenuhi hasrat hati yang nak menjadi cikgu... Tapi ya lah, tak layak lagi jadi cikgu... ~_~ ntah apa2 aku ajar mereka... T_T Gomen ne...

Dekat tempat aku pun banyak kes yang sama... Ada yang cuma mampu bersekolah sampai ke Tahun 6 jak.. Lepas tu gantung, dan kebanyakkan mereka cenderung untuk jadi budak lepak...
1 frasa/gelaran yang sangat tidak baik... Ada antara tomodachi aku jadi macam tu jugak... Syukur, sejak kecil lagik aku tidak hidup dalam keadaan begini... Alhamdullilah... Mungkin aku tidak mampu menghadapi segala kesusahan yang mereka tanggung, sebab itulah Allah tidak meletakkan aku di dalam keadaan yang macam itu... Allah Maha Mengetahui kemampuan hambaNya...

Macam dah melancong (bukan melencong) ke negara Korea plak.. ^,^

back to the point...


adik aku ni minat Ben10, bila dia nampak selipar Ben10 aku dia nak jugak

Aku rindu sangat kat adik aku.. hohohohoho... Dia balik2 tanya "bila che2 mau balik?"
(Che2 tu maksudnya kakak dalam bahasa Cina.. ^,^)
Lama lagik adikku.. Tunggu la... Moga Allah panjangkan umur kakak mu untuk sampai ke Semporna ya, abang (aqil aku panggil abang, sebab dia anak sulung mak tiri aku)

Aku sayangkan family aku... ^,^ sapa tak sayang family???


Jangan kita sekali-kali abaikan ibu bapa kita...
untuk remaja di luar sana, yang mungkin dah ada couple atau apapun...
Walau apapun, jangan melawan dengan ibu atau ayah...

Jangan kerana seorang perempuan, kita sanggup biarkan ibu kita menangis

Jangan kerana seorang lelaki, kita sanggup biarkan ayah kita menanggung sebak di dada

Bina kefahaman kamu, sejauh mana kepentingan keluarga dalam hidup kita..
Fikir~~ Jangan mudah sangat dibutakan oleh syaitan dan nafsu...

Kekasih tu belakang kira... Memang kita tidak dapat melawan rasa ingin menyayangi orang lain... saya pun macam tu jugak...
Memang itu kurniaan Allah...

Tapi cuba fikir sama-sama... Allah tidak kurniakan rasa cinta dan sayang tu untuk kita melawan dengan ibu dan ayah kita...
Apatah lagik buat benda yang tak patut....
Itu syaitan yang bagi tu~~

gambar ni takda kaitan pun... Tapi aku suka..
Sebab nampak comel jak...
Plus, ada maksud yang tersembunyi~~~

have a nice day mina-san

Maaf sebab dah banyak merepek!

Post ni cuma nak kata, aku rindu sangat dekat adik aku!!!!

0 comments:

Post a Comment

 

A WaLk To RememBer Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez