Monday, March 15, 2010

~kasih ibu~

Posted by FiFFy at 4:52 PM
Salam reformasi!! (kawan aku cadangkan tadi kalau nak wat manifesto/ucapan gunakan salam reformasi, asyik salam 1Malaysia, boring) ^,^ hehehe... Harap semua sihat belaka, kebelakangan ni, ada2 jak macam mau ditaip dalam blog ni, hakikatnya, tak ada satu pun isi yang aku nak sampaikan, cuma aku tersentuh pada kasih seorang ibu... Kisah benar, orang yang sangat rapat dengan aku...

Haaa~~ Dengar kata, keputusan SPM sudah keluar, agak meningkatkan.. Tahniah.. Cuma tu la, grade berubah.. And, ntah la, bukan nak pertikaikan apa yang kerajaan dah buat. Tapi pesanan buat budak2 lepasan SPM, walaupun keputusan kamu baik2 belaka, masuk Universiti pun mungkin akan berubah dan makin ketat kelayakan dia. Kalau pun tak ketat, dan kamu rasa senang sangat masuk Universiti... Tapi hidup sebenar di kampus tidak sesenang yang ditayangkan dalam TV. Just, bersedia k... ^,^

Lepasan SPM, besalah tu, sibuk dengan UPU, Matrik, maktab dan macam-macam lagik... Apa pun pilihan kamu, ikhlas kan hati... hehehe.. pesanan senior yang masih comel~~ (^,^)v

Okay, the main point, kasih ibu... Satu kisah si ibu dan si anak...

peringatan: kisah ni teda kaitan dengan penulis..

Di sebuah pekan (area pantai timur sabah)... Ada seorang ibu, yang sangat berkorban untuk anak-anaknya... al-kisah, dia ada seorang anak yang berumur 17 tahun (tahun ni 18 tahun, lepasan SPM), anak sulung lelaki, tapi dia ada kakak yang sedang belajar jauh, tapi tedalah jauh berabis ni... Dia seorang yang sangat kemaruk dengan [cinta pada kekasihnya]...

Keluarganya pun tidak sebahagia keluarga lain, bahkan kebahagiaan itu tidak pernah dirasai melainkan saat bersama anak-anaknya... Dia sangat sayang anak-anaknya (ada lima orang ^,^ aku pun nak anak lima hahahaha) Oleh kerana ke[tidakbahagia]an itu, anaknya yang kedua ini memberontak...

Seribu satu macam pemberontakan dilakukan, menipu, pukul adik2, menjual nama cikgu, dan macam-macam lagik...

Satu hari, si ibu ini menegur anaknya, memintanya memikirkan mana yang lebih penting, belajar untuk menjamin masa depan atau perempuan yang sedang dicintainya tu. Si ibu meminta si anak ini untuk [JUJUR] padanya, jangan [MENIPU] lagik, kerana syurga seorang anak itu terletak di bawah tapak kaki ibu, terutamanya [anak lelaki]. Sewaktu mendengar apa yang si ibu cakap, si anak itu buat tidak tau, matanya melilau, tangannya memegang bajunya, sekejap garu kepala, mulutnya kumat kamit, seolah-olah sedang mengejek-ejek apa yang si ibu ucapkan...

Tersentuh dek perbuatan anaknya itu, si ibu ter[menangis].. lalu disuruh anaknya itu duduk di luar dan berfikir, mana lebih penting baginya, hati [ibunya] atau hati [gadisnya]...

Dan malam pun berlalu... Keesokan harinya, si kakak yang terbangun awal ini, terkejut, tengok di sisi si ibu ada satu surat yang dititipkan buat si ibu sebab di atas tu tertulis {UNTUK IBU}.. Lalu dia kejutkan ibunya, dan surat tu dibagi untuk si ibu... memintanya untuk membaca...

"Tambah lagi satu masalah..." luah si ibu, lalu surat itu dilepaskan dan si ibu bangun ke dapur untuk bersiap-siap...

Dan hari-hari pun berlalu... Si ibu sangat kecewa, lantas dibiarkan si anak itu keluar tanpa berusaha untuk mencarinya. Katanya "Dia akan balik kalau dia sedar ibu ni penting untuk dia."

dan hari keempat... Melalui kawannya, si ayah dapat tahu yang dia sedang bekerja di sebuah restoran cina. Lalu si ayah pergi menjempu si anak.. Memanglah, bila dijemput, dia akan ikut. Sampai jak di rumah, tanpa berkata apa, dia berjalan menuju ke rumah ibu tiri nya... tanpa memohon maaf, tanpa memberi salam, tanpa memijak lama rumah si ibu, si anak melangkah ke rumah ibu tirinya...

Bertambah-tambah lah lagi duka di hati si ibu... Sesungguhnya, sikap si anak yang kurang ajar itu sedikit sebanyak membaja perasaan [muak] dan [fed up]. Namun, kasihnya tidak pernah kurang... Macam mana pun si anak itu buat benda tak baik dengan ibunya, tapi kasihnya tidak pernah kurang... Tidak macam kasih dan sayang dan cinta pada kekasih! yang cumanya, mungkin kekal selama beberapa bulan jak...

Sambung...

Memandangkan sekarang hangat denga RESULT SPM, si ibu tidak ketinggalan untuk cuba meng[usha] result anaknya, walaupun anaknya sampai sekarang tidak balik rumahnya... Sayangnya ibu pada kita...

Dan si ibu dapat tau, anaknya ini langsung tidak buat permohonan universiti, maktab, matrik atau apa2 pun... Lalu si ibu yang sangat menyayangi anaknya ni, pg la belikan dia no. pin semua benda tu, dan buatkan permohonannya... Untungnya anak ini... Aku dulu tidak pernah macam ni pulak, tapi memang aku akui, ibu aku bagi aku duit pg beli, tp urusan mengisi borang ni aku sendiri, belajar mengisi pun sendiri... Memang budak tu sangat untung... Sudah buat macam-macam hal, tapi masih dibantu si ibu... Satu jak si ibu tu cakap

"Mana tau bila dia pegi belajar jauh dia akan sedar..."

Betapa si ibu ini mengharapkan perubahan dalam diri anaknya itu... Betapa si ibu ini menyayangi anaknya itu, walaupun si anak sudah bersikap agak kurang ajar dengan dia la...

Tujuan ku menceritakan cerita yang tidak seberapa ni, cuma mau berkongsi... Iyalah, sekarang kebanyakkan anak-anak remaja/belia melawan ibu.. Yalah, merasakan diri sudah hebat, sudah boleh keluar rumah sesuka hati, bawa perempuan jalan, keluar berdua dengan lelaki yang belum tentu jadi LAKI kita...

Sedar, bangun lah, bukan orang lain yg bertanggungjawab untuk sedarkan kamu, tapi diri sendiri, kalau nak berubah, bukan orang lain yang tolong ubahkan, sebab nanti akan wujud ketidakpuasan hati... perubahan, kesedaran dan kefahaman tu datangnya dari diri sendiri... bukan kawan kamu, bukan cikgu dan bukan naqib/naqibah... tapi diri kita...

Jangan kerana kekasih hati, ibu kita tinggalkan, air matanya kita biar macam tu jak, sia-sia menangis sedih kerana sikap kita yang tidak mengenang penat lelahnya menjaga kita dari kecil sampai umur mencecah belasan dan puluhan.. Ya Allah, sanggupnya kita buat macam tu. Ingatlah, ada orang yang tak ada ibu... Mereka dahagakan kasih ibu, mereka rindukan pelukan dan ciuman kasih sayang seorang ibu... Kita yang masih ada ibu ni, melawan... meminta macam-macam... membiarkannya bersedih keseorangan... pentingkan perasaan orang lain daripada perasaannya... Sayangilah ibu...

Yalah, belum sampai bulan Mei lagik kan, tapi aku dah cakap pasal kasih ibu, sebab bagi aku, kasih ibu ni bukannya bermusim, tapi sepanjang hayat, walaupun dia tiada tapi kita boleh rasa kasihnya, bukanlah time bulan MEI saja kita patut menghargai ibu... sepatutnya dan sewajarnya sepanjang masa, kemana saja kita pegi, ingatlah ibu... dan ayah~~

sebab saat-saat ni aku sangat-sangat rindukan ibu ku... Walaupun tedalah jauh sangat kan.. ^,^ ibu adalah segalanya bagi aku, aku nak jadi macam dia, penyabar, bersederhana, dan maintain ceria... ^,^

Ibu~~~ U r the best... I Love You~~

Raya tahun 2008... time tu baru 18 tahun, sekarang sudah 20?? tuanya.. adushhhh~~

Anak buah ku, Akmal... kecil jak dulu, ni aku lawat dia time zaman matrik ni, time aku 19 tahun.. hakhakhak.. muda lagik tu... (^,~)

hah!! sekarang sudah besar dia, montelnya pipi.. GERAM!!! Aku nak baby~~ hohoho... \0/

okay la.. bubye... aku dah merepek dah ni... Salam~~ baru lepas meeting, and i lead the meeting.. Sesungguhnya aku nervous~~~ nak kata first time tak jugak, mungkin jadi pengawas & ketua kelas dulu tidak sama dengan apa yang aku ada sekarang... Apapun, aku yakin aku boleh improve.. Selalu la tegur aku wahai sahabat-sahabat yang dikasihi~~ Salam reformasi...

(Kali ni mungkin berat untuk kamu baca... Maaf...)

3 comments:

SouL Fighter said...

yeah... i luv my mom toooo...

SouL Fighter said...

yeah... i luv my mom toooo...

FiFFy said...

wah.. okay2.. saya paham bah.. :p

Post a Comment

 

A WaLk To RememBer Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez